Ahli Parlimen boleh bersidang dalam kilang sebab sana selamat – Najib

Datuk Seri Najib Razak menempelak Perdana Menteri yang mahu meminta jawatankuasa yang dianggotai wakil-wakil kerajaan dan pembangkang meneliti aspek-aspek penting sebelum Parlimen bersidang.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, Parlimen sudah banyak kali bersidang pada tahun lalu semasa Covid-19 mencecah ribuan kes sehari walaupun pada masa itu tiada seorang pun menerima satu titik vaksin.

Tambah beliau, berbanding sekarang, semua Ahli Parlimen sudah selesai menerima dua kali dos.

Malah, mereka ini boleh ke sana, ke sini, ujarnya.

”Jika masih tak pasti sama ada ianya selamat bagi 220 orang bersidang dalam satu dewan besar, pergilah buat lawatan sambil belajar ke kilang elektronik ke, kilang sarung tangan ke, tapak pembinaan ke atau mana-mana 120,000 lebih syarikat yang dibenarkan MITI untuk beroperasi dalam tempoh Total Lockdown ini,” sindir bekas perdana menteri itu.

Katanya, jika masih tak rasa selamat untuk bersidang dalam bangunan Parlimen, Ahli-ahli Parlimen boleh bersidang di kilang atau tapak pembinaan sahaja sebab Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) kata tempat-tempat itu selamat dan bebas Covid-19.

MalaysiaGazette

Read Previous

UMNO akan muktamadkan tindakan – Ahmad Zahid

Read Next

‘Tentu dia jadi penasihat agama kerajaan Quraisy’

Leave a Reply

%d bloggers like this: