Bila Professor Jomo bersuara… KITA SUDAH KENALI COVID19

Saya dah tulis banyak kali pun sejak awal Oktober lalu orang tak ambil peduli sebab siapalah saya bukan ada gelaran Dr atau Professor. Nak beli title Dr tak berduit. Saya telah menulis panjang lebar mengenai Pandemik Covid19 empat siri dengan data – datanya sekali sebelum ini hasil kajian saya mengenai Pandemik ini di seluruh dunia.

Lim Kit Siang juga telah sarankan Universiti dibuka untuk ekonomi tak diambil peduli juga disebabkan dia Cina DAP ( saya telah menulis awal dulu Universiti mesti dijadikan Green Zone untuk Mahasiswa ). DS Anwar pun minta kita buka kehadiran pelabur dengan mekanisma memudahkan kehadiran mereka tak dipedulikan sebab dia Ketua Pembangkang.

Dalam satu forum di UIA, Profesor Jomo memberitahu kerajaan perlu seimbangkan kesihatan dan ekonomi. Bagi Prof Jomo ekonomi kita begitu teruk terjejas bukan hanya kerana Pandemik Covid19 tetapi kerana langkah PKP yang panjang dan terbaru PKPB. Prof Jomo berkata kerajaan mungkin melihat langkah PKP ini efektif tetapi katanya negara lain telah menggunakan kaedah lain yang lebih efektif.

Bagi saya kita sudah kenali Covid19 ada kelemahannya dan ia tidak terlalu bahaya kepada mereka yang sihat. Tan Sri Noor Hisham juga memaklumkan ramai yang tiada simpton kebiasaanya selepas 5 hari ia sudah negatif. 14 hari itu sekadar mengikuti arahan WHO.

Di China dah kali ke 3 saya tulis… satu artikel mengatakan jika mereka yang positif tetapi tiada simptom dan simptom ringan tidak dimasukkan ke dalam numbers positif. Kata penulis itu ia kerana kerajaan China tidak mahu rakyat diselubungi suasana paronoid kerana China mahu ekonomi segera pulihkan.

Singapura ketika kes 600 sehari mereka telah membuka ekonomi mereka sehingga sekarang. Kini di Orchard Road ramai orang lalu lalang. Di Taiwan kita lihat penuh orang ramai di kawasan perniagaan dengan hanya memakai mask. Korea memang sejak awal lagi kes berlaku ekonomi tetap berjalan.

Tapi orang kita memang terkenal dengan paranoid. Sebab itu mudah mereka ini diprovok dengan isu bangsa, agama, skim cepat kaya, cerita tahyul dan bermacam macam lagi. Dengar je dekat Mid Valley ada satu kes terus takut ke sana untuk tempoh berminggu minggu seolah olah ada Zombie di situ. Lumpuh peniaga – peniaga di Mall tersebut.

Sabah kini seperti baru menyalakan api pelita. Mula nampak bercahaya walaupun masih samar – samar. Harap cukup – cukuplahlah negeri ini menjadi saringan nombor agar ada sinar ekonomi negeri pelancongan ini. Harapan saya mulai 1 Disember ini Sabah negeri yang boleh dilawati semula.

Sabah negeri kedua termiskin. Jika terus ditakutkan dengan numbers musnahlah ekonomi pelancongan yang merupakan sumber utama rakyat negeri ini. Harapan saya mulai 1 Dis tiada lagi penduduk Sabah yang wajib kuarantin 14 hari.

Masalah kita yang turut membebankan rakyat yang benarkan keluar masuk pekerja asing ialah Pegawai Imigresen. Yang sibuk mahu pilihanraya orang politik…Yang menjadi mangsa rakyat Sabah.

Saya bukan tidak percaya Covid19 kerana ada kes kematian tapi saya hilang kepercayaan cara kerajaan menguruskannya. Untuk saya ia lebih kepada political reason.

Saya nak tanya adakah anda percaya ke negeri sebesar Pahang yang bersebelahan Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Terengganu, Perak dan Kelantan ini tidak ada sebarang kes, dah 2 minggu ini?????

Sebabkan kes di Pahang la saya mula ragu2 dengan NUMBERS….atau lama saya tak ke Semenanjung, sekarang jika masuk ke negeri Pahang kena cop pasport?

Jika saya Menteri Kanan seperti selalu saya tulis… slogan STAY AT HOME wajid ditukar kepada STAY SAVE. Maksudnya bukan suruh duduk di dalam gua, keluar cari rezeki dengan langkah keselamatan.

Kalian baru seminggu kena PKPB yg tidak seketat KKM Sabah… sudah rasa gelap dunia apatah lagi orang Sabah 33 hari seperti disumbat ke dalam gua tanpa makanan dan bergantung dengan air.

Via Norman Radzuan

Read Previous

Beri kepercayaan kepada generasi baharu tentukan masa depan negara

Read Next

“Jika Bekerjasama Dengan Amanah, Siapa Lagi Saya Nak Troll? – Najib

Leave a Reply

%d bloggers like this: