
Semasa sidang Parlimen masih boleh diadakan di zaman Gomen Tebuk Atap ini, saya pernah didatangi oleh seorang rakyat marhain di Parlimen yang bertanya saya “YB, bila DSAI nak jadi PM ni? Kami dah tak tahanlah dengan Kerajaan PN yang mengarut ini!”.
Sambil tersenyum saya menjawab “Maaf, saya tak tahu”. Saya kemudiannya kongsi sketsa itu kat DSAI.
Saya juga sering ditanya “adakah DSAI boleh menjadi PM yang baik bagi Malaysia?”
Jujurnya, saya tidak tahu dan sebagai seorang yang sudah agak terlatih dalam bidang undang-undang khususnya di bidang litigasi, saya ini cenderung untuk tidak begitu gemar berspekulasi. In trial, we are prohibited, by judges, from asking any speculative question.
Ada juga yang tanya “adakah pemimpin AMANAH ini setia kepada DSAI?”
Saya jawab, hanya orang yang tidak kenal pemimpin AMANAH sahaja yang mungkin ragu kesetiaan para pemimpin AMANAH saat berkawan dengan sesiapa pun! Dan saya yakin DSAI juga arif perkara ini dan saya yakin DSAI tidak pernah ragu dengan kesetiaan kami semasa berkawan.
Ramai daripada kepimpinan AMANAH di peringkat Nasional ini khususnya yang sering digelar Jebon, Anwarinas, Erdogan, Munafik Haraki atau “Geng 18” sanggup ditendang dari parti ehem dalam Muktamar parti ehem melalui sistem ‘cai’ kerana, antara lain, enggan tunduk kepada tekanan kuat agar ‘dikhianati’ Pakatan Rakyat (PR) dan DSAI. Itu tak masuk lagi kami dihina, dituduh dan dilabel macam-macam.
Biarlah sejarah menjadi hakim yang akan menghakimi kami. Dan cukuplah juga Allah Swt sahaja yang menjadi saksi kami.
Ada juga yang kata, “AMANAH ini nampaknya lebih setia kat Tun M dari DSAI! Betul ke YB?”
Saya jawab, prinsip pemimpin AMANAH dari dulu adalah kami berpegang pada politik ini ramaikan kawan dan kurangkan musuh!
Apabila Tun M memimpin parti Bersatu dan Bersatu bersama PH dan Tun M menjadi PM, alhamdulillah, kami tidak ada masalah untuk bekerja bersama Tun. Begitu juga para pemimpin PH yang lain.
We set aside our political differences and even our ego for the sake of this beloved country!
To be fair to Tun M, saya dapat rasakan masa beliau menjadi PM, beliau amat kuat bekerja untuk selamatkan Malaysia dan kami yang ada bersama dalam Kerajaan pada masa itu , alhamdulillah, tidak ada masalah untuk bekerja dengan beliau.
Some people may dislike him, but, it is grossly unfair not to duly consider his valuable contributions. Itulah, saya yakin, pendirian parti AMANAH !
Bila Kerajaan PH dijatuhkan secara KHIANAT dan Tun M tidak lagi menjadi PM, hubungan kami dengan Tun kekal atas dasar kami semua adalah dalam blok pembangkang.
Itu tidak bermakna AMANAH tinggalkan PH. PH dan DSAI penuh sedar perkara itu. AMANAH, insyaAllah, will never betray our friendship let alone the old one!
Ya, kami amat hormati Tun, tapi bila beliau cadangkan MAGERAN misalnya, kami secara terbuka tidak bersetuju dengan beliau. You may read my view in my article published in Malaysiakini ( lampiran ).
Ada juga tanya pengalaman saya berkerja dengan DSAI.
Saya tidak pernah bekerja dengan DSAI dalam Kerajaan. Jadi, jujurnya saya tidak ada kepakaran untuk menilai gaya kepimpinan beliau. Saya hanya berpengalaman 22 bulan bekerja dengan Tun di dalam Kerajaan. It was a wonderful experience!
Tetapi, semasa PH memerintah, PH telah melantik DSAI sebagai Pengerusi Caucus Parlimen berkenaan isu pentadbiran, good governance dan integriti, tidak silap saya. Ia caucus yang berbentuk bipartisan. Antara anggotanya adalah YB Gelang Patah, YB Padang Rengas, YB Jeli, YB Pengerang, YB Sg Petani, YB Segamat, dan lain-lain termasuk saya.
Saya dapati ketika memimpin Caucus itu, DSAI agak begitu prihatin isu kesengsaraan rakyat. Beliau sering tekankan perlunya isu tersebut ditangani. Jika kita lihat sejarah beliau membela isu kemiskinan di Baling hatta semasa era beliau masih bergelar pelajar, keprihatinan beliau itu boleh ditafsirkan agak konsisten.
Beliau juga agak prihatin isu ketelusan, integriti dan good governance. Itulah sekadar pemerhatian saya.
Saya juga dapati, seperti Tun, DSAI juga kelihatannya seorang yang agak kuat bekerja.
Adakah seandainya Allah mengkehendaki beliau menjadi PM negara ini, segala keprihatinan yang saya katakan di atas masih mendomasi beliau?
Maaf, saya tidak mampu untuk berspekulasi.
Saya cuma ingin kongsi keyakinan arwah Tok Guru Nik Aziz yang amat yakin berbekalkan pengalaman luas dan ilmu memimpin, beliau yakin DSAI mampu menjadi PM yang baik untuk Malaysia.
Itulah antara jawapan yang saya boleh kongsikan walaupun ada lagi soalan-soalan lain yang ditanya. Terpulang kepada saudara dan saudari ingin menilainya.
والله اعلم