Guru tadika terjun Jambatan Kedua P.Pinang alami masalah psikiatri

Kereta mangsa ditinggalkan di bahu jalan atas Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah di sini semalam.

Seorang guru tadika swasta yang diselamatkan nelayan selepas bertindak terjun ke dalam laut dari Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dikatakan mempunyai masalah psikiatri.

MalaysiaGazette difahamkan, wanita yang berasal dari Taiping itu sudah berkahwin dan tinggal di sini bersama suaminya.

Difahamkan, mangsa bertindak terjun dari jambatan tersebut ketika dalam perjalanan pulang dari rumah mertuanya di Kulim, Kedah.

Mangsa kini dihantar ke Hospital Jalan Perak untuk rawatan lanjut.

Semalam, seorang gadis berusia 24 tahun nyaris lemas diselamatkan nelayan selepas jatuh ke dalam laut dari Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah di Kilometer 14.1 dekat Batu Maung di sini.

6BA5A7C3-FE5C-4CFE-B88D-2C31B27E56EE
Mangsa berusia 24 tahun itu diselamatkan nelayan.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.15 malam berhubung kejadian itu.

“Sebaik tiba di lokasi kita dapati sebuah kereta jenis Proton Wira berhenti di bahu jalan di atas jambatan dalam keadaan pintu terbuka.

“Mangsa dipercayai telah terjun ke dalam laut, namun diselamatkan oleh nelayan yang berada di bawah jambatan berdekatan dengan tiang (nombor) 81,” katanya kepada pemberita.

Susulan itu, gadis tersebut dibawa ke Jeti Pangkalan Polis Marin Batu Uban di sini sebelum diserahkan kepada pihak polis. – MalaysiaGazette

Read Previous

Mazlan Lazim dilantik sebagai Timbalan Ketua Pons Negara

Read Next

Agong titah sidang Parlimen sebelum 1 Ogos, kata Speaker

Leave a Reply

%d bloggers like this: