Husam dedah muslihat licik Mahathir jatuhkan kerajaan PH

Bekas Naib Presiden Amanah, Senator Datuk Husam Musa mendakwa kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dirancang sejak hari pertama menjadi kerajaan.

Ia dapat dilihat melalui indikator daripada apa yang berlaku sejak awal dan beliau sudah banyak kali memaklumkannya kepada pucuk pimpinan partinya sejak tahun lalu termasuk kepada Timbalan Presiden Amanah, Datuk Salahudin Ayub.

Salah satunya sikap Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika menjadi Perdana Menteri melengah-lengahkan pelantikan senator dari kalangan parti PH.

“Ia (Dewan Negara) kini ia dikuasai oleh sebelah sana (kerajaan Perikatan Nasional).

“Bagi saya kejatuhan PH dirancang dari awal, strateginya berjalan sendiri sampai masa tup jatuh, cuma tarikh tidak tentu, tidak tetap,” katanya dalam Sembang Santai Politik : Kejatuhan PH adalah satu rancangan di DHM Channel semalam.

Beliau berkata sikap Mahathir melambat-lambatkan pelantikan senator itu dianggap sengaja dibuat sedangkan dalam banyak isu lain, Ahli Parlimen Langkawi itu sentiasa membuat keputusan segera.

Husam juga berkata, setiap sesuatu yang berlaku ada petanda oleh Allah termasuk kiamat yang ada tanda-tanda kecil dan besar sebelum ia berlaku.

Justeru sekiranya pembangkang sekarang mahu menggunakan jurutera yang sama (Mahathir) bagi merampas kerajaan, ia hanya membuang masa.

Read Previous

Selepas Maszlee umum keluar parti , Pejuang ucap selamat maju jaya

Read Next

Kenapa sukar sangat patuh peraturan?, YDP DUN Selangor sekali lagi tegur Adun BN

Leave a Reply

%d bloggers like this: