Israel lulus pembentukan kerajaan baharu, pecat Benjamin Netanyahu

TEL AVIV, 14 Jun – Benjamin Netanyahu dilucutkan dari jawatan Perdana Menteri Israel selepas tewas dalam satu sesi undian di Parlimen Israel, Knesset, hari ini.

Sesi undian tersebut menyaksikan Knesset meluluskan pembentukan kerajaan baharu dengan kemenangan tipis iaitu 60-59.

Ketua parti Yamina, Naftali Bennett dilantik sebagai Perdana Menteri Israel yang baharu.

Yamina merupakan parti haluan kanan di Israel.

Pelantikan ini sekaligus menamatkan era pemerintahan 12 tahun oleh bekas komamdo Sayeret Matkal yang berusia 71 tahun.

Netanyahu mula menjawat jawatan Perdana Menteri Israel semenjak tahun 2009.

Kekalahan Perdana Menteri Israel ke-9 tersebut disambut sebagai kemenangan oleh kumpulan penentang Benjamin yang berkumpul di Rabin Square.

Read Previous

ZAHID AKHIRNYA BUKA MULUT, SAHKAN SPEKULASI

Read Next

Malaysia tanpa 3 tonggak jumpa Thailand

Leave a Reply

%d bloggers like this: