Kenyataan Hadi berubah sepanjang zaman kini disebarkan

Orang ramai mempertikaikan bagaimana hukum Islam boleh berubah-ubah mengikut keperluan semasa Pas sebagaimana yang dinyatakan oleh pemimpin parti dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) itu termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Poster dan keratan akhbar kenyataan Ahli Parlimen Marang itu yang berubah-ubah sepanjang zaman kini disebarkan oleh orang ramai berikutan kenyataan terbaharunya agar jangan menyokong Pakatan Harapan (PH) sekali lagi berikutan kemelut yang dihadapi kerajaan PN yang disertai Pas.

Melabel PH sebagai “melampau terhadap Islam”, Abdul Hadi semalam tampil dengan pandangan mengharamkan orang ramai bersama gabungan tersebut.

Dalam catatan terbaharunya di media sosial itu, Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah bertaraf Menteri itu membuat ulasan berkenaan pesanan Nabi Muhammad SAW kepada orang beriman agar bijak menghadapi cabaran sama ada daripada kawan atau lawan.

Bagi orang ramai, ketika PN tersepit, sekali lagi DAP menjadi sasaran, padahal sebelum ini beliaulah juga yang pernah mengajak rakyat menyokong DAP dan menghukum Umno dengan hukuman yang teruk.

Hujah Hadi telah dijadikan modal oleh ahli dan pemimpin Pas untuk menyerang DAP termasuk pemimpin Pas yang paling terpalit dengan masalah sehingga memberikan imej buruk kepada Pas, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali.


“Jangan mudah tertipu dengan gerakan DAP dan PKR untuk kembali berkuasa,” kata Khairuddin menggunakan kenyataan Hadi itu.

Hadi pernah memberikan pandangan agama dengan berkata, “Wajib sokong DAP, haram sokong Umno sehingga kiamat” antara keratan media yang disebarkan selepas kenyataan Hadi dan Khairuddin itu.

Kenyataan Hadi ketika berbaik-baik dengan Umno selepas PRU 2018 juga disebarkan.

“Wajib undi calon BN,” kata Hadi dalam satu berita ketika Pas menyokong calon BN yang bertanding dalam satu pilihan raya kecil.

Malaysiadateline

Read Previous

Wanita cuba terjun dari tingkat 32 kerana dipecat, dihalau

Read Next

Jangan izinkan kelompok pengkhianat, ‘tikam’ parti muncul kembali, tegas Anwar

Leave a Reply

%d bloggers like this: