Ku Nan dilepas tanpa bebas tuduhan rasuah RM1 juta

Ku Nan-umno-bebas-tuduhan-rasuah

Ku Nan. Bekas menteri wilayah persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) dalam kes rasuah bernilai RM1 juta.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali mengeluarkan perintah itu semasa prosiding mahkamah terbuka pagi ini.

Tertuduh tenang di kandang tertuduh ketika keputusan dibacakan.

Keputusan itu dikeluarkan pagi ini, berikutan penghujahan dari pihak pendakwaan dan pembelaan.

DPP Julia Ibrahim telah memberitahu mahkamah bahawa pendakwaan diarahkan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk DNAA.

Jelasnya, ini susulan perkembangan baru dalam kes yang melibatkan salah seorang saksi.

Namun, peguam bela, Tan Hock Chuan telah membantah dan memohon agar anak guamnya dibebas dan dilepas.

Hari ini pada mulanya ditetapkan untuk perbicaraan semula.

Ahli Parlimen Putrajaya yang berusia 69 tahun itu didakwa telah menerima wang tunai RM1 juta daripada ahli perniagaan Tan Eng Boon.

Tan sebelum ini mengaku bersalah atas tuduhan bersubahat dengan Tengku Adnan yang didakwa melakukan kesalahan itu, dan didenda RM1.5 juta.

Tengku Adnan atau Ku Nan mempunyai kes rasuah lain bernilai RM2 juta yang belum selesai di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang berasingan.

Perkara ini ditetapkan untuk keputusan di akhir pembelaan pada 21 Disember.

Sementara itu semasa prosiding di hadapan Nazlan hari ini, Tan berpendapat bahawa tidak adil bagi tertuduh jika tuduhan terhadapnya dibiar untuk jangka waktu yang tidak ditentukan melalui DNAA, terutama kerana kes itu telah berlangsung selama dua tahun.

Peguam itu berhujah bahawa kes-kes rasuah berprofil tinggi baru-baru ini di mana pembebasan telah diberikan, seperti yang melibatkan bekas ketua menteri Sabah Musa Aman dan bekas menteri kewangan Lim Guan Eng.

Tan mendakwa mahkamah boleh mengikuti trend yang ditunjukkan oleh kes-kes ini.

Julia bagaimanapun membantah dengan berkata bahawa pihak pembelaan tidak akan diprejudis dengan keputusan DNAA kerana mereka hanya perlu menulis surat kepada pihak pendakwaan bagi mendapatkan perkembangan baru mengenai siasatan kes ttersebut. Malaysiakini.

Pandangan A. Kadir Jasin

1. Ini pun perbuatan khianat juga kerana banyak duit negara (bersamaan duit rakyat jelata) dan tenaga kakitangan awam habis siasat dan tuduh ketua Umno ini.

2. Banyak masa Hakim dan kakitangan mahkamah habis bagi membicarakan beliau.

3. Tiba-tiba Pejabat Peguam Negara tarik balik  kes. Peguam Negara yang baru ini (Idrus bin Azizan Harun), adalah lantikan Kerajaan Perikatan Nasional (PN). Lepas itu adik dia, Azhar, dilantik pula jadi Yang di-Pertuan Dewan Rakyat.

4. Apa hal dengan pengakuan mahkamah oleh tauke Tan Boon Eng, September lalu yang dia bagi rasuah RM1 juta kepada Adnan? Mahkamah denda dia RM1.5 juta atas kesalahan itu.

5. Hari ini Hakim kata Pendakwa Rakyat tarik balik tuduhan pasal ada perkembangan baru. Kita nak tahu juga apa perkembangan itu.

6. Kena bagi tahu. Kalau tidak orang ramai mungkin sangka ada kena mengena dengan kerajaan tebuk atap yang terumbang-ambing sekarang.

Terima kasih.

Read Previous

SERAM! Akhirnya ketukan misteri ini dirakam BETUL-BETUL depan pintu

Read Next

PN letak syarat sokong Umno sebagai MB – Sumber

Leave a Reply

%d bloggers like this: