Mazlan Lazim dilantik sebagai Timbalan Ketua Pons Negara

Datuk Seri Mazlan Lazim dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara berkuat kuasa had ini, umum Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Mazlan, 59, yang sebelum perlantikan terkini adalah Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, mengisi
kekosongan jawatan Timbalan Ketua Polis Negara yang ditinggalkan oleh Datuk Seri Acryl Sad Abdullah Sad selepas dilantik sebagai Ketua Polis Negara Mei lepas.

Hamzah berkata pelantikan itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dengan nasihat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP).

“Bagi pihak kerajaan, setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada Yang di-Pertuan Agong atas perkenan baginda
terhadap pelantikan ini.

“Tahniah dan syabas kepada Mazlan kerana dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Polis Negara,” katanya pada sidang media di sini had ini. Turut hadir Acryl Sad.

Dilahirkan di Kuala Kedah, Mazlan memiliki ljazah Sarjana dalam bidang Pembangunan Sumber Manusia dan ljazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi Sumber.

Beliau pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Polis Kelantan sebelum dilantik mengetuai kontinjen itu Ketua Pengarah Bahagian Perlindungan Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Pons Kuala Lumpur.

BERNAMA

Read Previous

‘Ada masa saya tiada beras, terpaksa meminta kepada yang ada’ – Ibu tunggal M40

Read Next

Guru tadika terjun Jambatan Kedua P.Pinang alami masalah psikiatri

Leave a Reply

%d bloggers like this: