Mujahid persoal disiasat di bawah Akta Hasutan

Naib Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa memberitahu beliau disiasat mengikut tiga akta termasuk di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Dua lagi akta, mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.

Mujahid dan peguam di perkarangan Bukit Aman selepas diambil keterangan pada jam 7.20 malam tadi.

“Saya dipanggil bantu siasatan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan, Akta Komunikasi dan Multimedia atas ucapan yang saya buat pada Mac di Parit Buntar.

“Siasatan ke atas saya (juga) didakwa di bawah Akta Hasutan,” katanya kepada media di pekarangan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman selepas selesai diambil keterangan pada jam 7.20 malam tadi.

Dalam masa sama, Ahli Parlimen Parit Buntar berkenaan mempersoalkan tempoh yang lama untuk polis membuka kertas siasatan.

“Saya pelik kerana Akta Hasutan itu setahu saya semasa saya dalam PH kita tak guna walaupun ada, malang hari ini saya tak tahu kenapa akta ini dipakai.

“Ucapan saya buat di kawasan saya pada Mac setelah jatuhnya kerajaan PH dan setelah selesai Muhyiddin (dilantik) sebagai PM.

“Saya tidak tahu kenapa ia memakan masa sangat panjang. Kini baru dibuat siasatan,” kata bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.

Terdahulu, Mujahid yang hadir bersama peguam disoal siasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) lebih sejam setelah tiba di Bukit Aman pada jam 5.30 petang.

Sumber : https://malaysiadateline.com/mujahid-pelik-disiasat-di-bawah-akta-hasutan/

Read Next

Belanjawan Perpaduan 2021 tidak akan berlaku jika enam syor PH ditolak

Leave a Reply

%d bloggers like this: