PKP terbukti berjaya putus jangkitan COVID-19

Taklimat Khas COVID-19 pada hari ini mengesahkan langkah kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terbukti berjaya memutuskan jangkitan COVID-19 dalam negara.

Bagaimanapun, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pelaksanaan PKP telah memberi kesan negatif kepada ekonomi.

Justeru, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilakukan untuk memberi keseimbangan keperluan kesihatan dan ekonomi.

Misalnya di Selangor, Dr Hisham berkata, pihak KKM telah mencadangkan Selangor melaksanakan PKP bermula 14 Oktober lalu namun langkah itu tidak dapat dilaksanakan kerana faktor ekonomi dan digantikan dengan PKPB.

Pertama kali PKP di seluruh negara dilaksanakan bermula 18 Mac hingga 31 Mac 2020, ekoran itu pada 24 Mac Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri mengesahkan pematuhan rakyat terhadap PKP meningkat kepada 95 peratus.

Kemudian PKP kali kedua dilanjutkan sehingga 14 April, di mana hampir 99 peratus rakyat negara ini mematuhi arahan ini sehingga negara hampir berjaya memutuskan rantaian pandemik itu. Malaysiadateline.com

Read Previous

Memperalat kemunduran sebagai strategi sokongan politik?

Read Next

Kes sembuh COVID-19 mengatasi kes baharu

Leave a Reply

%d bloggers like this: